Friday, April 8, 2011
matlamat dan objektif
MATLAMAT
PENDIDIKAN PRASEKOLAH BERTUJUAN UNTUK MENYUBURKAN POTENSI MURID DALAM SEMUA ASPEK PERKEMBANGAN MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS DAN MEMUPUK SIKAP POSITIF SEBAGAI PERSEDIAAN MASUK KESEKOLAH RENDAH.
OBJEKTIF:
PENDIDIKAN PRASEKOLAH MEMBOLEHKAN MURID-MURID
1. MEMPUNYAI SIKAP PERIBADI, PERWATAKAN DAN KONSEP DIRI YANG POSITIF UNTUK MENJADI WARGANEGARA YANG PATRIOTIK.
2. MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DENGAN BAIK DAN MEMPERKEMBANGKAN KEMAHIRAN BERBAHASA UNTUK KOMUNIKASI
3. MENGGUNAKAN BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL DENGAN BETUL DAN BERKOMUNIKASI DI SEKOLAH YANG MENGGUNAKAN BAHASA PENGANTAR BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL
4. MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS DALAM INTERAKSI SEHARIAN SELARAS DENGAN KEDUDUKANNYA SEBAGAI BAHASA KEDUA.
5. MENGAMALKAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN UNTUK MURID BERAGAMA ISLAM.
6. MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
7. MEMPUNYAI KEMAHIRAN KOGNITIF, KEMAHIRAN BERFIKIR MENYELESAIKAN MASALAH.
8. MEMPUNYAI KEMATANGAN EMOSI DAN KEMAHIRAN SOSIAL.
9. MEMPUNYAI KECERGASAN DAN KEMAHIRAN FIZIKAL SERTA MEMPERAKTIKKAN AMALAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN YANG BAIK DAN,
10. MEMPUNYAI DAYA KREATIVITI DAN ESTETIKA UNTUK MENGHARGAI KEINDAHAN ALAM DAN WARIS BUDAYA.
Monday, April 4, 2011
sejarah tabika
Sejarah Kemas Kampung Siliau ditubuhkan pada tahun 1975. Tenaga pengajarnya adalah cik Saadiah bte Abd Aziz. Beliau telah mengajar selama 15 tahun dengan dibantu oleh Cik Zailela Nordin sebagai pembantu guru. Pengerusi Tabika pertama ialah Tuan Haji Ghazali bin Kanol. Beliau seorang pesara dan bergiat aktif dalam pertubuhan PIBG Tabika Kemas Kampung Siliau.
Pada tahun 1978 Pembantu beliau telah dihantar berkursus menjadi guru Tabika di Pusat Kegiatan Kemas Bukit Baru Melaka. Bagi mengantikan pembantu yang telah pergi berkursus Cik shamsiah bte Hj Ahmad telah menggantikan tempat beliau menjadi pembantu tabika Kemas Kampong siliau pada tahun 1983. Tabika Kemas tidak mempunyai bangunan sendiri tetapi telah menuumpang di sebuah surau Tuan Haji buyung kerana tiada tempat yang sesuai untuk di jadikan sebuah Tabika Kemas bagi mendidik anak-anak kampong siliau menambah ilmu pengetahuan. Setelah setahun menumpang disurau tersebut Tabika ini telah berpindah ke sebuah rumah di mana tuan rumah tersebut tidak mengenakan bayaran sewa. Tabika Kemas Kampung siliau juga pernah menumpang di sekolah Kebangsaan Siliau atas pelawaan Guru Besar Sekolah tersebut.
Bilangan murid pada masa itu seramai 20 orang. Pada tahun 1988 pembantu beliau telah dihantar berkursus sebagai guru Tabika Kemas diPusat Kegiatan Kemas Bukit Baru Melaka. Pada tahun 1991 guru Kemas yang awal cik Saadiah bte Abd.Aziz telah meletakan jawatan menjadi guru Tabika Kemas. Kekosongan guru telah diganti oleh guru yang baru keluar berkursus iaitu Puan Norliza bte Md Zin. Pembantu dilantik dari masyarakat iaitu Puan Rozana bte Hj Musa.
Dari beroperasi di kawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Siliau sekali lagi Tabika Kemas berpindah di Balairaya Kampung Siliau. Dengan bantuan Jabataan Kemas bangunan Balairaya di tambah bahagian tepi balairaya khas untuk kelas Tabika tersebut.
Pada tahun 2000 pengerusi Tabika Kampung Siliau Puan Rohaya Hj Musa telah memohon tanah di perkarangan Masjid Kampung Siliau untuk membina sebuah bangunan khas untuk Tabika. Syukur Alhamdulillah permohonan untuk membina bangunan sendiri telah berjaya dan kini keselesaan telah dinikmati oleh anak-anak kampong Siliau.
Tabika Kampung Siliau mengalami masalah tenaga pengajar setelah guru yang sedia ada ditukarkan ke Kawasan Rantau. Guru di Kampung Siliau bertukar ganti sehinggalah pada tahun 2007 guru yang pernah menjadi pembantu kembali semula untuk mendidik anak-anak kampong beliau.
Kini saya Shamsiah bte Hj Ahmad ingin berbakti kepada masyarakat Kampung Siliau Khasnya anak-anak yang memerlukan ilmu pengetahuan
Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)